widgeo.net

Ahad, 29 November 2009

Hari Ini Kita Mampu..




















Berapa
ramai manusia yang selama ini sentiasa dalam kemaksiatan...
Dalam hati hanya berfikir, bila lagi nak buat itu dan ini(kejahatan)..
Maka di saat itu juga, lupalah ia pada tuhannya..
Tahukah kita, bilakah saatnya kita pula yang akan bertemu denganNYA??
Maka, didik-didiklah hati kita dengan sentiasa mengingatiNYA..

"Hari ini kita masih mampu berubah"

Jumaat, 27 November 2009

Keutaman Zikir Kepada ALLAH s.w.t.




















Allah Azza Wa Jalla berfirman:
"Maka ingatlah kamu kepada-Ku, nescaya Aku ingat kepada kamu...."
(surah Al-Baqarah:152)

Pernah Tsabit Al-Bannani mengatakan, "Aku tahu bila Tuhanku mengingatiku.." Tentu saja mereka terkejut lalu bertanya, "Bagaimana engkau tahu akan hal demikian?" Dia menjawab, "Iaitu ketika aku mengingati-Nya, Dia mengingatiku..."

"Ingatlah Allah dengan ingatan yang sebanyak-banyaknya..." (surah Al-Ahzab:41)

"Ingatlah Tuhanmu dalam hatimu, serta merendahkan diri dan takut dan bukan dengan suara yang keras, waktu pagi dan petang hari dan janganlah engkau termasuk orang-orang yang lalai." (surah An-Nisa':142)

Rasulullah S.A.W. bersabda:
"Tujuh golongan dinaungi Allah dalam naungan-Nya pada hari tidak ada naungan kecuali naungan-Nya. Di antaranya adalah lelaki yang berzikir di tempat yang sunyi lalu kedua matanya berlinang kerana takut kepada Allah...."

Telah berkata Abu Darda': Rasulullah S.A.W. bersabda:
"Tidakkah kukhabarkan kepadamu, amalanmu yang terbaik dan tersuci di sisi Rajamu, serta lebih mengangkatkan darjatmu dan lebih baik bagimu daripada memberikan wang dan emas, bahkan lebih baik bagimu daripada engkau memerangi musuh, lalu kau pukul leher mereka dan mereka pukul leher kamu.."
Mereka bertanya, "Apa itu ya Rasulullah?" Rasulullah menjawab,
"Zikir kepada Allah selalu.."

Rasulullah S.A.W. bersabda:
"Allah S.W.T. berfirman: "Ketika hamba-Ku mengingatiku dalam hatinya, maka Aku mengingatinya dalam diri-Ku. Jika dia mengingati-Ku dalam suasana kelompok, maka Aku mengingatinya dalam kelompok yang lebih baik dari kelompoknya. Jika dekat kepada-Ku sejengkal, maka Aku dekat kepadanya sedzira'(satu lengan). Jika dia dekat kepada-Ku sadzira', maka Aku mendekat kepadanya satu depa. Jika dia berjalan kepada-Ku, maka Aku berlari kepadanya..."

Rasulullah S.A.W. bersabda:
"Suatu kaum yang duduk di dalam majlis, mereka berzikir kepada Allah S.W.T. semata-mata megharap akan redha-Nya, pasti para Malaikat akan menghampiri(mengelilingi) mereka, rahmat yang menyelimuti mereka dan Allah S.W.T mengingati mereka pada orang yang ada di sisi-Nya.."

Racun Dan Penawarnya...

5 Jenis Racun dan 5 Penawarnya..

  1. Dunia itu racun, Zuhud itu ubatnya..
  2. Harta itu racun, Zakat itu ubatnya..
  3. Perkataan yang sia-sia itu racun, Zikir itu ubatnya..
  4. Seluruh umur itu racun, Taat itu ubatnya..
  5. Seluruh tahun itu racun, Ramadhan itu ubatnya..

Panggilan Untuk Manusia...

Kubur Setiap Hari Menyeru Manusia Sebanyak 5 Kali..

  1. Aku rumah yang terpencil, maka kamu akan senang dengan selalu membaca Al-Quran..
  2. Aku rumah yang gelap, maka terangilah aku dengan selalu bersolat malam..
  3. Aku rumah yang penuh dengan tanah dan debu, bawa lah amal soleh yang menjadi hamparan..
  4. Aku rumah ular berbisa, maka bawa lah amalan 'Bismillah' sebagai penawar..
  5. Aku rumah pertanyaan 'Munkar dan Nakir', maka banyaklah bacaan "Laa ilahaillallah, muhammadar Rasulullah", supaya kamu dapat jawapan kepadanya..

Sesungguhnya...


Ketahuilah...


Siapa Pewaris Nabi??




















Nabi s.a.w. bersabda: "ulama' adalah pewaris para anbiya.."

Sebegitu tingginya Nabi kita mengangkatkan martabat para alim ulama'.. Namun, berapa ramai pula daripada kalangan kita yang menghormati dan mengasihi mereka...

Baginda bersabda lagi: "Darjat manusia yang terdekat kepada nubuwwah, adalah orang yang ahli ilmu dan jihad.. Ahli ilmu menunjukkan manusia kepada apa yang di bawakan oleh para rasul.. Adapun ahli jihad mempertahankan apa yang di bawa oleh para rasul dengan pedangnya..."

Hasan bin Ali r.a. berkata: "Siapa yang menggauli ulama' lepaslah ikatan lidahnya, terbuka tabir hati nuraninya serta menemukan tambahan dalam dirinya.. Bahkan dia punya kemampuan terhadap apa yang diketahuinya dan dapat pula memanfaatkan untuk terus belajar..."

Baginda bersabda: "Kebinasaan umatku terletak pada dua hal; meninggalkan ilmu dan mengumpulkan harta...."

Ayuh wahai kaum muslimin,, Belajarlah, Belajarlah, Belajarlah hingga ke akhir hayat...
Sedarlah, betapa bergunanya ilmu dalam hidup kita ini sehinggakan baginda bersadba lagi: "Jadilah orang alim, atau belajar, atau pendengar, atau pula pencinta.. Jangan jadi yang kelima, iaitu pembenci.. Maka, kau akan binasa..."

Khamis, 26 November 2009

Tuhanku Yang Satu



"Ya Allah...
ku berserah padamu...
ku ingin sentiasa mengingatimu...
maka, ingatlah kepadaku...
ku inginkan keredhaanmu...
maka, redhailah akan diriku....."








Allah S.W.T. berfiman:
"Wahai orang-orang yang beriman, takutlah kamu kepada Allah! Dan hendaklah (tiap-tiap) orang memperhatikan apa yang diusahakan besok(hari kiamat).. Takutlah kepada Allah.. Sesungguhnya Allah Maha mengetahui apa kamu kerjakan"
(surah Al-Hasyr:18)

"Mereka itu (Malaikat) takut kepada Tuhan di atas mereka dan mereka memperbuat apa-apa yang di suruh."
(surah An-Nahl:50)

Sesungguhnya Malaikat, langit, bumi, siang dan malam. Pada hari kiamat, mereka sebagai saksi atas apa-apa yang dilakukan oleh manusia. Baik atau buruk, tata atau maksiat.. Bahkan, seluruh anggota tubuh akan mempersaksikannya.. Orang mukmin adalah orang takut kepada Allah dan seluruh anggota badannya..

Sebagaimana Abul-Laits telah berkata:

"Tanda-tanda takut kepada Allah itu kelihatan dalam tujuh perkara."

  • Pada Lisannya..

Dia menghindarkan dusta, ghibah, menyebarkan fitnah dan berbual kosong. Malah menyibukkan diri dalam berzikir, membaca Al-Quran dan muzakarah ilmu..

  • Pada Hatinya..

Dia membuang rasa permusuhan,kebodohan dan kedengkian terhadap sahabatnya. Lantaran kedengkian dapat menghapuskan kebaikan.. Sebagaimana Rasulullah S.A.W. telah bersabda: "Hasad itu dapat memakan kebaikan sebagaimana api memakan kayu..."

  • Pada Pandangannya..

Dia tidak suka memandang kepada makanan, minuman, pakaian atau hal lain-lain yang haram. Tidak pula terpikat dengan dunia, tetapi dia memandangnya dengan mengambil iktibar. Rasulullah S.A.W. telah bersabda: "Barangsiapa memenuhi matanya dengan perkara haram, maka Allah akan memenuhinya daripada api pada hari kiamat"

  • Pada Perutnya..

Dia tidak memenuhi isi perutnya dari perkara yang haram kerana itu adalah dosa yang besar.. Sebagaimana Nabi S.A.W. bersabda: "Manakala sesuap daripada perkara yang haram masuk ke perut seseorang, maka seluruh Malaikat di langit dan di bumi melaknatinya selama sesuai atau seteguk barang itu berada di dalam perutnya. jika dia mati dalam keadaan demikian, maka tempatnya di dalam neraka.."

  • Pada Kedua Tangannya..

Dia tidak menggunakan untuk perkara yang haram, tetapi hanya menggunakannya untuk taat kepada Allah.. Dirawikan daripada Ka'ab Akhbar, dia berkata: "Sesungguhnya Allah S.W.T. telah menciptakan bangunan daripada zabarjud hijau. Di dalamnya terdapat 70,000 aula. Setiap aula terdapat 70,000 pondok. Tidak ada yang boleh masuk ke situ, selain orang yang ditawarkan barang haram, namun dia menolaknya kerana dia takut kepada Allah."

  • Pada Langkah (kakinya)..

Dia tidak berjalan untuk maksiat, tetapi hanya melangkah untuk taat kepada Allah, dalam mencari keredhaannya serta untuk bergaul dengan para ulama' dan orang-orang soleh..

  • Pada Ketaatannya..

Dia menjadikan ketaatannya semata-mata untuk mencari keredhaan Allah. Takut pada riak dan munafik..

Barangsiapa yang melakukan tujuh perkara tersebut, maka dia termasuk dalam kategori orang-orang yang dikatakan oleh Allah: "Sesungguhnya orang-orang yang bertaqwa dalam kebun-kebun dan mata air" (surah Asy Syura:28)

Selamat Hari Raya Aidil Adha

Sempena hari raya yang mendatang ini, Salam ukhuwwah daripada saya kepada semua muslimin dan muslimat, semoga berbahagia di samping saudara seIslam kita.. jgn di lupakan pula saudara kita yang sedang tertindas di sana(Palestin, Iraq, Afghanistan dsb...).. sama2lah kita, berdoa ke atas mereka...

Selasa, 27 Oktober 2009

Inilah Ertinya Cinta


Ish,cinta lagi. Topik yang takkan habis dibincangkan. Dah naik muak baca pasal cinta,hari tu pasal couple,pastu pasal dibius cinta skang,erti cinta plak. Ada apa dengan cinta sebenarnya sehinggakan semua orang asyik nak bercakap pasal cinta? Kerana cinta orang sanggup bergaduh,kerana cinta orang sanggup berbunuh dan lebih teruk lagi kerana cinta orang sanggup tukar agama! Semuanya kerana cinta.
Semua orang ingin berkorban demi cinta tapi akhirnya ramai yang terkorban disebabkan cinta. Kisah berkorban demi cinta ini,bukanlah satu kisah yang baru,tetapi seawal penciptaan manusia lagi.Perhatikan kisah cinta Adam dan Hawa,disebabkan Hawa ingin memakan buah Khuldi yang dilarang Allah,Adam pun turut memakan buah itu.Lantaran itu,Adam terkorban,Adam dicampakkan ke bumi.Lihat pula kisah Yusuf dan Zulaikha,Zulaikha sanggup menipu suami tercinta demi cintanya terhadap nabi Yusuf.Begitu juga kisah cinta Khadijah terhadap Islam,Khadijah yang dulu sedikit chubby,apabila bercinta dengan Islam,segala-gala ingin dikorbankan demi Islam.Sehinggakan semasa dia tengah nazak,Rasulullah berkata, “cukuplah wahai isteriku,pengorbananmu terhadap Islam sudah cukup.Kamu sudah dijamin masuk syurga.”Khadijah membalas, “tidak ya Rasulullah,andaikata tulangku boleh digunakan untuk membuat pedang dan perisai,ambilah ia demi Islam.” Lihat,betapa manusia menjadi ‘gila’ apabila mereka bercinta.Ulama berpesan, “usah dipanggil bicara 3 golongan manusia ; orang yang sakit,orang yang lapar dan orang yang mabuk bercinta.Kerana orang yang sakit sibuk dengan sakitnya,orang yang lapar sibuk memikirkan makanannya dan orang yang mabuk bercinta ,sibuk memikirkan kecintaannya.” Cinta sejati itu ialah apabila cinta kita terhadap Allah menyebabkan cinta kita kepada manusia bertambah.Wah,dalam maksudnya dan inilah hadis nabi tentang salah satu golongan yang dinaungi bayangan arasy Allah di akhirat kelak yakni 2 orang yang bertemu dan berpisahnya kerana Allah. Tidak kisahlah 2 orang itu 2 orang sahabat,2 orang kekasih atau sapa-sapa, tetapi apabila pertemuan mereka,kasih mereka,CINTA mereka kerana Allah,maka Allah mengangkat mereka,Allah memuliakan mereka.

Kita ikuti satu kisah cinta suami dan isteri,jika inilah cinta kita, insya Allah, kita sudah mendapat ‘cinta sejati’ yang dikatakan oleh Ustaz Hasrizal dalam ceramah Aku Dibius Cinta.


Dilihat dari usia beliau sudah tidak muda lagi, usia yang sudah senja bahkan sudah mendekati malam. Masa Pak Suyatno, 58 tahun ke sehariannya diisi dengan merawat isterinya yang sakit. isterinya juga sudah tua. Mereka berkahwin sudah lebih 32 tahun.


Mereka dikurniakan 4 orang anak …….di sinilah awal cubaan menerpa, setelah isterinya melahirkan anak ke empat ………
tiba-tiba kakinya lumpuh dan tidak boleh digerakkan. Hal itu terjadi selama dua tahun.


Menginjak tahun ke tiga seluruh tubuhnya menjadi lemah bahkan terasa tidak bertulang lidahnya pun sudah tidak mampu digerakkan lagi.


Setiap hari Pak Suyatno memandikan, membersihkan kotoran, menyuapkan, dan mengangkat isterinya ke atas tempat tidur.
Sebelum berangkat ke tempat kerja dia meletakkan isterinya di hadapan TV supaya isterinya tidak berasa kesunyian.


Walau isterinya tidak dapat bercakap, tapi dia selalu melihat isterinya tersenyum, dan Pak Suyatno masih berasa beruntung kerana tempat kerjanya tidak begitu jauh dari rumahnya, sehingga siang hari dia boleh pulang ke rumah untuk menyuapi isterinya makan. Petangnya dia pulang memandikan isterinya, mengganti pakaian, dan selepas maghrib dia temankan isterinya menonton tv sambil bercerita apa sahaja yang dia alami seharian.


Walau isterinya tidak dapat bercakap, tapi dia selalu melihat isterinya tersenyum, dan Pak Suyatno masih berasa beruntung kerana tempat kerjanya tidak begitu jauh dari rumahnya, sehingga siang hari dia boleh pulang ke rumah untuk menyuapi isterinya makan. Petangnya dia pulang memandikan isterinya, mengganti pakaian, dan selepas maghrib dia temankan isterinya menonton tv sambil bercerita apa sahaja yang dia alami seharian.


Walaupun isterinya hanya mampu memandang (tidak mampu memberikan respons ), Pak Suyatno sudah cukup senang bahkan dia selalu menggoda dan bergurau dengan isterinya setiap kali menjelang tidur.


Rutin ini dilakukan Pak Suyatno lebih kurang 25 tahun. Dengan sabar dia merawat isterinya bahkan sambil membesarkan ke empat buah hati mereka, sekarang anak-anak mereka sudah dewasa tinggal si bungsu yang masih kuliah.


Pada suatu hari ke empat anak Suyatno berkumpul di rumah orang tua mereka sambil menjenguk ibunya. Kerana setelah menikah mereka tinggal dengan keluarga masing-masing.


Dan Pak Suyatno tetap merawat ibu kepada anak-anaknya, dan yang dia inginkan hanya satu: semua anaknya berjaya.


Dengan kalimat yang cukup hati-hati anak yang sulung berkata : “Pak kami ingin sekali merawat ibu … Semenjak kami kecil kami melihat bapak merawat ibu dan tidak ada sedikit pun keluhan keluar dari bibir bapak, bahkan bapak tidak izinkan kami menjaga ibu.”


Dengan air mata berlinang anak itu melanjutkan kata-katanya ………


“Sudah yang kali keempat kami mengizinkan bapak menikah lagi, kami rasa ibupun akan mengizinkannya. Bila bapak akan menikmati masa tua bapak dengan berkorban seperti ini …..
kami sudah tidak sampai hati melihat bapak begini… kami berjanji akan merawat ibu dengan sebaik-baiknya secara bergantian,” ujar anaknya yang sulung merayu.


Pak Suyatno menjawab hal yang sama sekali tidak didugaoleh anak-anaknya.


“Anak-anakku. …. jikalau hidup di dunia ini hanya untuk nafsu…. mungkin bapak akan berkahwin lagi…. tapi ketahuilah dengan adanya ibu kalian di sampingku… . itu sudah lebih dari cukup. Dia telah melahirkan kalian…”
Sejenak kerongkongannya tersekat…”Kalian yang selalu kurindukan hadir di dunia ini dengan penuh cinta
yang tidak dapat dinilai dengan apapun.Cuba kalian tanya ibumu apakah dia menginginkan keadaannya seperti Ini ?


Kalian menginginkan bapak bahagia …. Apakah batin bapak dapat bahagia meninggalkan ibumu dalam keadaannya seperti sekarang ?


Kalian menginginkan bapak yang masih diberi Allah kesihatan yang baik dirawat oleh orang lain …….bagaimana dengan ibumu yg masih sakit ?


Sejenak meledaklah tangis anak-anak pak Suyatno…Merekapun melihat butiran-butiran kecil jatuh di pelupuk mata ibunya… Dengan pilu ditatapnya mata suami yang sangat dicintainya itu…


Sampailah akhirnya Pak Suyatno diundang oleh salah satu stesen TV swasta untuk menjadi panel jemputan acara Bimbingan Rohani Selepas subuh dan juru acara pun mengajukan pertanyaan kepada pak suyatno…


Kenapa bapak mampu bertahan selama 25 tahun merawat Isteri yang sudah tidak mampu berbuat apa-apa?


Ketika itu pak Suyatno pun menangis….tamu yang hadir di studio yang kebanyakan kaum ibu pun tidak mampu menahan haru…


Disitulah Pak Suyatno bercerita…Jika manusia didunia ini mengagungkan sebuah cinta tapi dia tidak mencintai kerana Allah maka semuanya akan luntur…


Saya memilih isteri saya menjadi pendamping hidup saya …….Sewaktu dia sihat diapun dengan sabar merawat saya… Mencintai saya dengan sepenuh hati zahir dan batinnya bukan dengan mata kepala semata-mata. .. dan dia memberi saya 4 orang anak yang lucu dan baik-baik…


Sekarang dia sakit berkorban untuk saya kerana Allah… Dan itu merupakan ujian bagi saya.


Sihat pun belum tentu saya mencari penggantinya. .. apalagi dia sakit … Setiap malam saya bersujud dan menangis dan saya mengadu kepada Allah di atas sajadah supaya meringankan penderitaan isteri saya.


Dan saya yakin hanya kepada Allah tempat saya mengadukan rahsia dan segala kesukaran saya…kerana DIA maha Mendengar… .


(sumber:http://www.pengantin.com.my)